ali dan ahmad baru je bangon tdo selepas selesai menapak khemah smlm......
ahmad: waaahh... bestnyer la tdo.. sejuk gler.. lapar la pulak..
ali: ko ni tgh2 hari da bising.. kalu lapar mkn je la megi tu.. aku nk smbung tdo pun xbley!
ahmad: ko ni tdo je.. tolong aku wat megi ni kalu ko nk mkn..
dorg wat la megi.. sampah megi tu ahmad campak kat sebatang pokok pisang tua ni..
ali: ahmad!! amik balik pokok tu.. atok aku kata pokok pisang tua ade penunggu!!!
ahmad: (ejek) warghhh.. takotnyer aku..
lalu ahmad cmpk sisa2 mknn semalam kat pohon tu..
ali: tidak!!! abis lah!!
ahmad: huahahahaha..
tiba2 dtgnyer 5 lembaga putih mengelilingi mereka..
ahmad menggeletar smpi melutut..
ahmad: ampun nenek moyang!! cucu janji x kacau lagi.. cucu x cakap besar lagi.. cucu bersihkn balik!!!
lembaga: pale hangguk ko nenek.. dah3,, ikut kami kebalai.. time bulan puasa yg mulia ni pun ko mkn terang2 gini..
kuang3.. org pki jubah ngan kopiah rpenyer...

2) Suatu hari di bulan puasa...
Jam telah menunjukkan 1 tengah hari. Kaki2 tak berpuasa mula mengerumuni kedai Pak Dol yg terkenal dengan pekak badak. Memang sudah menjadi rutin tahunan kedainya memang tak menang tangan bila menjelang bulan puasa. Pinggan yg belum basuh mula menimbun di sinki dan sesudah melayan pelaggan untuk mengambil nasi Pak Dol pon mula ke sinki untuk membasuh pinggan.
Tiba2 kedainya diserbu oleh Majlis Agama dan terus mengarahkan semua pelanggan ke satu sudut sambil memegang pinggan makan masing2. Pak Dol yang masih khusyuk membasuh pinggan tidak perasan yang gerainya sedang diserbu.
Kemudian ketua Majlis Agama yang berserban menepuk bahu Pak Dol sambil berkata "Minta I/C'.
Pak Dol pun cepat2 membersih tangannya dan ke terus meja lauk mengambil pinggan dan terus mengisi nasi. Dalam tersengih2 dia pun berkata "ai.. Pak Haji pon tak pose ke?..
Pak Haji yang masih dalam keadaan bingung tersentak."Aku bukan nak nasi... aku nak I/C" pekiknya..
Serentak dengan tu pelanggan yang mulanya ketakutan ditangkap ketawa terkekeh-kekeh melihat gelagat Pak Dol.
3) Lawak bula puasa: rumah tingkat 60
Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah.Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya bekalan elektrik terputus dan lif tidak berfungsi….
si A : Macamana ni…rumah kita lak atas sekali?
si B : Aduhhhh…bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?
si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje…kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik
si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak…kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa…biar kita serius dengar cerita.
Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60.
si A mula bercerita….
si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku…aku membesar
tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku….bla bla bla bla bla…..Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh…sedar tak sedar mereka dah
sampai kat tingkat 20.
Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata…kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita….
si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu
bapaku meninggal dalam kemalangan jalanraya…aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik
beradik seramai 4 orang… bla bla bla bla……
Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih….punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi… sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk
si C : Alaaaaaa…korang punya cerita tak sedih lagi…cerita aku lagi
sedihhhh punya.
si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke…?
si C : emmmm…mungkin hari ini dalam sejarah…
si B : cerita aje le…kita dah tinggal 4 tingkat je lagi
si C : aku sedih kerana…KUNCI RUMAH KITA AKU TERTINGGAL DALAM KERETA….UWAAAAAAAAAAAAAAA
KISAH BULAN PUASA
“Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid,”
kata Abah separuh memerintah.
Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja.
Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja.
Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur..
Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.
Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah.
Bukan di bumbung masjid. Ajaib. Abah macam tidak nampak keganjilan itu.
Aku cuit bahu dia dantunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah.. Mungkin kubah itu tengahsujud fikir aku.
“Kenapa?” tanya Abah.
“Lailatuqadar,” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.
“Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?”
Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.
“Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor. Bodoh,”
sambung Abah memaki lagi.
Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja.
Terima sahajalah.Jangan melawan.
Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi.
Aku cuma pulang untuk cuti raya.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur..
Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.
Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah.
Bukan di bumbung masjid. Ajaib. Abah macam tidak nampak keganjilan itu.
Aku cuit bahu dia dantunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah.. Mungkin kubah itu tengahsujud fikir aku.
“Kenapa?” tanya Abah.
“Lailatuqadar,” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.
“Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?”
Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.
“Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor. Bodoh,”
sambung Abah memaki lagi.
Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja.
Terima sahajalah.Jangan melawan.
Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi.
Aku cuma pulang untuk cuti raya.
No comments:
Post a Comment